Friday, November 19, 2010

PENGGUNAAN KIBOD DALAM PENGAJARAN NYANYIAN UNTUK MENGAJAR ASPEK JEDA (DARI MINOR 2ND HINGGA PERFEK 8)


Nyanyian adalah bidang utama dalam pengajaran Muzik di sekolah selain alat perkusi dan rekoder. Pelbagai aspek nyanyian seperti menyanyi dengan ketepatan pic, tempo dan rentak dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kibod. Alat muzik kibod amat membantu para pelajar untuk mengenali dan memahami jeda.

Jeda juga dikenali sebagai interval. Ianya membawa makna jarak antara dua pic atau not. Nilai jarak antara dua not atau pic biasanya dihitung dengan semiton dan ton. Sebagai contoh dalam tangga nada C major, jarak antara not C dan C syap adalah semiton atau separuh ton. Dengan menggunakan kibod pelajar ditunjukkan bagaimana pembentukan jeda. Penggunaan diagram papan kekunci (kibod) juga mampu memberi panjelasan dengan tepat nama-nama jeda seperti minor kedua, major kedua, perfek keempat dan seterusnya sehingga perfek ke lapan.

Dalam jadual di bawah, ditunjukkan dengan jelas nama-nama jeda dalam tangganada C major

Jeda Dari Not Asas C

Jeda (Jarak Bunyi)

Istilah Teknik Jeda

C ke C#

1

Minor ke 2

C ke D

2

Major ke 2

C ke D#

3

Minor ke 3

C ke E

4

Major ke 3

C ke F

5

Perfek ke 4

C ke G

7

Perfek ke 5

C ke G#

8

Minor ke 6

C ke A

9

Major ke 6

C ke A#

10

Minor ke 7

C ke B

11

Major ke 7

C ke C

12

Perfek ke 8 / Oktaf

Selain daripada mengenali jeda secara teori melalui pengiraan jumlah semiton, jeda juga boleh dipelajari melalui pendengaran. Latihan mendengar dan mengajuk semula jeda yang dimainkan dengan kibod secara berulang akan memantapkan pendengaran dalam (inner-hearing) seseorang pelajar. Sebagai contoh, guru harus selalu melatih pendengaran dan pitching pelajar dengan memainkan jeda seperti major kedua ( Do – Re ), major ketiga ( Do – Mi ) dan perfek kelima ( Do – So ). Jika diteliti semula, jeda-jeda ini sebenarnya membantu nyanyian pelajar untuk mengharmonikan sesebuah melodi lagu khususnya dalam nyanyian koir yang bertekstur polifoni yang mengandungi suara-suara Soprano, Alto, Tenor dan Bass.

Dapatlah disimpulkan di sini, penggunaan kibod untuk mengajar nyanyian terutama dalam aspek memahami jeda adalah sangat berkesan. Pelajar yang memahami dan mahir dalam aspek jeda selalunya mempunyai ketepatan pic dalam nyanyiannya.

SKEL

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Ia adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu untuk mewujudkan kesan nada atau tonaliti. Di sini penting seseorang guru itu mengajar skel dengan menggunakan kibod untuk mengenal lagu bagi mewujudkan kesan nada atau tonaliti pada sesebuah lagu. Terdapat beberapa jenis skel iaitu skel major, skel minor harmonic, skel minor melodik dan skel pentatonik. Skel pentatonik mempunyai lima not iaitu do, re, mi, so, la. Di sini murid dapat mengenal pasti jika dalam skel harmonic lagu-lagu adalah lagu jenis arab dan lagu cina.

Contoh skel major

Contoh skel minor harmonik

Contoh skel melodik

JEDA

Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Terdapat dua cara untuk memainkan jeda iaitu :

a) Cara melodik – dua not yang dimainkan secara berasingan

b) Cara harmonik - dua not yang dimainkan secara serentak

Contoh jeda dimainkan secara melodik dari minor 2nd ke perfek 8

Contoh jeda dimainkan secara harmonik dari minor 2nd ke perfek 8

KORD MAJOR, MINOR, DIMINISHED DAN AUGMENTED

Harmoni adalah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membentuk kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi.

Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Untuk membentuk triad, not yang digunakan ialah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

Contoh-contoh kord.

PENGECAMAN IRAMA

Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

a) Detik

Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

b) Meter

Detik dihimpunkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali Sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti :

2 3 3 6 3 2 4

4 4 4 8 8 2 2

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya.

Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.

i) Meter lazim

Meter 2 3 dan 4 dikenali sebagai meter lazim

4 4 4

Dalam meter lazim duaan 2 setiap bar mengandungi dua detik krocet.

4

Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver.

ii) Meter Tak Lazim

Meter 6 merupakan meter tak lazik duaan. Setiap detik mempunyai

8

persamaan nilai masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik asas yang dinotasikan sebagai dua krocet bertitik. Setiap krocet bertitik mewakili tiga kuaver.

iii) Tekanan

Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol > digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

iv) Tempo

Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut ‘metronome’

v) Corak Irama

Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap/rehat disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar asas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.

vi) Tempoh masa dan nilai not

Penjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk. Masa senyap (period of silence) dilambangkan dengan tanda rehat pelbagai bentuk.

PENGECAMAN PIC

Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah, mengikut langkah seperti anak tangga; mungkin separuh langkah iaitu semiton, langkah penuh iaitu ton ataupun melompat. Turun dan naik ton mementukan pic.

Contoh : Buku sumber Form 1 pg 9

PENGECAMAN MELODI

Melodi adalah tuturan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah.

Contoh melodi.

PENGGUNAAN INTRO DI DALAM KIBOD

Dengan adanya set intro dan ending pada kibod, guru boleh manfaatkannya dengan menjadikannya sebagai ukuran pada tahap mana murid dari segi muzikalitinya. Guru dapat tahu sejauh mana kepekaan dan kecekapan murid mula masuk lagu dan mengakhiri sesuatu lagu.

MENGAJAR NYANYIAN DENGAN MENGGUNAKAN KIBOD DALAM KELAS

Latihan pic boleh dijalankan dengan bantuan alat muzik kibod. Dengan menggunakan ton piano, latihan mampu dilaksanakan dengan berkesan. Guru boleh menggunakan ton alat muzik lain yang terdapat dalam kibod berkenaan.

Nyanyian sesuatu skel dapat dibantu dengan kemampuannya memainkan bunyi detik atau bunyi lanjut. Latihan menyanyikan skel boleh dibuat dalam pelbagai variasi cepat, sederhana atau lambat menggunakan laras butang tempo. Dengan iringan kord-kord asas dapat digunakan Sebagai iringan kepada latihan lagu ‘solfa’.

Pergerakan melodi yang dimainkan boleh dirakankan. Keratan rakaman rangkai melodi itu pula boleh digunapakai Sebagai mengulangi latihan pic atau frasa sesuatu melodi.

Pelbagai rentak yang sedia ada dapat digunakan dalam aktiviti bacaan irama dan bacaan lirik lagu secara berirama serta asas iringan kepada permainan alat perkusi.

Jika ada masalah nada sesebuah lagu agak tinggi bagi murid, guru boleh rendahkan nada dengan dengan melaraskan butang “transpose” pada kibod. Begitu juga, jika nada sesebuah lagu itu agak rendah bagi murid, guru boleh tinggikan nada dengan menggunakan butang “transpose” tersebut.

Pelbagai bahan kesan bunyi atau ‘sound effects’ boleh digunakan oleh guru dan murid dalam muzik dengan gerakan dan membuat penghubungkaitan berdasarkan tema lagu yang dinyanyikan. Muzik iringan yang dimainkan boleh dikawal kekuatan bunyinya.

Dengan adanya ‘intro’ dan ‘ending’ pada kibod, guru boleh manfaatkannya dengan menjadikannya sebagai ukuran pada tahap mana murid dari segi muzikalitinya. Guru tahu sejauh mana kepekaan dan kecekapan murid mula masuk lagu dan mengakhiri sesuatu lagu.

Bahan-bahan lagu yang dirakam dalam kibod boleh dibuat salinan ubntuk diperbanyakkan bagi kelas yang lain juga. Lagu-lagu DEMO yang disediakan dalam kibod boleh dimanfaatkan Sebagai bahan tambahan pengajaran nyanyian, muzik dengan gerakan serta permainan alat perkusi.

Dengan menggunakan kibod, bermain secara ‘live’ di hadapan murid menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik.

No comments:

Post a Comment