Friday, November 19, 2010

Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)

* Mengenali dan mengetahui sistem pendidikan ‘Abbasi.

* Mengenal pasti sejarah perkembangan pendidikan Kerajaan ‘Abbasiyyah

* Mendalami contoh institusi pendidikan pada zaman Kerajaan ‘Abbasiyyah.

* PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH

* Perkembangan pendidikan ‘Abbasi ialah kesinambungan era Umawi.

* Masjid dan kuttab menjadi institusi pendidikan yang utama.

* Kurikulum turut ditambah dan mengalami perubahan dari satu zaman dengan zaman yang lain.

* Kuttab: Tempat mengajar menulis, membaca dan pembelajaran asas ilmu bahasa.

* Masjid: Dianggap sebagai institusi pengajian tinggi; ajar Tafsir, Hadith, Fiqh, Falak, Sastera, Usul dan Tawhid.

* PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH

* Para pelajar perlu mengukur kelayakan mereka untuk mengikut pengajian di masjid.

* Pengajian di masjid dikenali sebagai halaqah.

* Halaqah ini dikenali pula Madrasah sesuatu ilmu seperti Madrasah al-Qur’an.

* Tidak semua masjid dianggap sebagai IPT; hanya masjid tertentu sahaja.

* Para pensyarah dilantik oleh kerajaan.

* Kurikulum dipantau oleh satu badan yang dikenali sebagai Naqib al-Hashimiyyin.

* Bidang paling aktif ialah perundangan.

* PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH

* Aspek perundangan juga turut diminati oleh Khalifah bagi memudahkan urusan atau permasalahan rakyat yang muncul.

* Perbincangan atau perdebatan giat berlaku di masjid dengan tujuan untuk mendapat penyelesaian masalah.

* Halaqah ini turut berperanan sebagai majlis fatwa.

* Ia bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian undang-undang bagi membantu Khalifah.

* Khalifah terlibat secara langsung dlm halaqah.

* INSTITUSI AL-AZHAR

* Ia diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyyah (zaman ‘Abbasiyyah juga) yang bermazhab Syiah.

* Al-Azhar sebenarnya merupakan sebuah masjid yang dibina khas untuk tentera Fatimiyyah yang bermazhab Syiah Isma’iliyyah.

* Masjid ini dibina pada tahun 361H dan dikenali sebagai Jami’ al-Azhar.

* Ia menjadi simbol kehebatan kerajaan Syiah Fatimiyyah.

* Perkembangan ini tidak disenangi ‘Abbasi.

* INSTITUSI AL-AZHAR

* Antara yang diajar di al-Azhar ialah pengajaran tafsir al-Qur’an menurut pandangan Syiah.

* Turut diajar ialah kelas fiqh Syiah.

* Al-Azhar menjadi pusat pendidikan Syiah yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Fatimiyyah di Kaherah.

* Asram turut dibina; dari masjid menjadi sebuah institusi pendidikan masyhur.

* Selain al-Qur’an dan fiqh, dakwah Syiah turut diberi perhatian.

* Ilmu bukan agama turut diajar.

* INSTITUSI AL-AZHAR

* Contoh ilmu: sastera, mantiq dan hisab.

* Forum perbincangan hanya dikhaskan untuk ulama Syiah sahaja.

* Al-Azhar menjadi pusat pengajian Syiah selama hampir 2 abad.

* Namun ia gagal mensyiahkan penduduk Kaherah yang berfahaman Sunni.

* Fatimiyyah berjaya ditewaskan oleh Salah al-Din al-Ayyubi pada 1171M.

* Al-Azhar tukar jadi pusat pengajian Sunni.

* Ayyubiyyah tunduk patuh kepada Kerajaan ‘Abbasiyyah di Baghdad.

* INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH

* Penubuhan institusi ini dianggap sebagai kemuncak aspek pendidikan di Baghdad.

* Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk pada tahun 1065M.

* Wilayah lain turut mencontohi penubuhan institusi ini.

* Institusi pendidikan muncul di Naysapur, Isfahan, Herat, Marw dan Mawsil.

* Penubuhan institusi ini menjadi trend.

* Al-Nizamiyyah dibina pada zaman Banu Saljuq mentadbir ‘Abbasiyyah.

* Khalifah hanya simbol pemerintahan sahaja.

* INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH

* Banu Saljuq berjaya ketepikan Banu Buwayh yang bermazhab Syiah daripada meneruskan kekuasaan di Baghdad.

* Penubuhan institusi ini oleh Perdana Menteri menunjukkan kuasa yang dimiliki.

* Beliau berjaya mengenepikan Khalifah ‘Abbasiyyah dan juga Sultan Saljuq.

* Institusi ini mengandungi tiga fakulti; syariah, usuluddin dan sains kemanusiaan.

* Semua pensyarah dilantik oleh kerajaan.

* Tujuan penubuhan: melatih cendekiawan untuk berhadapan dengan golongan Syiah.

* INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH

* Pendekatan dilakukan secara ilmiah.

* Saljuq perlu menghadapi kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, Idrisiyyah di Maghrib dan sebelum ini Buwayh di Baghdad.

* Permasalahan yang timbul ialah idea dan pendekatan Syiah yang nyata berbeza dengan Sunni.

* Al-Nizamiyyah adalah berasaskan mazhab Syafie, meskipun Nizam al-Mulk adalah mazhab Hanafi.

* Antara tokoh al-Nizamiyyah: Abu Ishaq al-Shirazi, Abu Hamid al-Ghazali, Ibn Shaddad.

* INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH

* Sokongan padu Nizam al-Mulk terhadap golongan Shafi’iyyah menyebabkan mazhab lain tidak senang dengan polisi itu.

* Peranan utama al-Nizamiyyah adalah untuk memerangi pengaruh Syiah.

* Dua abad selepas al-Nizamiyyah, muncul pula institusi lain yag turut masyhur dalam sejarah pendidikan ‘Abbasiyyah.

* Nama: al-Mustansiriyyah yang dibina oleh Khalifah al-Mustansir b. al-Zahri pada 625H.

* Ia dianggap bangunan tercantik dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik.

* INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH

* Tujuan penubuhannya adalah untuk menghapuskan kesan-kesan pemerintahan Saljuq.

* Ini memandangkan muncul pergeseran antara Khalifah dan pemerintah Saljuq selepas kematian Nizam al-Mulk.

* Segala kelengkapan diberikan secara percuma (pakaian dan biasiswa).

* Dibuka untuk semua mazhab, bukan satu mazhab sahaja. Syiah dikecualikan.

* Ini sesuai dengan peranan Khalifah sebagai pelindung semua umat Islam.

* INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH

* Al-Mustansiriyyah dianggap sebagai IPT terbesar dengan dewan kuliah, asrama, masjid, bangunan pentadbiran & hammam.

* Ia mengandungi 4 iwan (fakulti/dewan) yang dikhaskan untuk 4 mazhab utama Islam.

* Setiap iwan mempunyai profesor dan muridnya sendiri.

* Selain ilmu agama, ilmu lain turut diajar seperti adabiyyah, riyadiyyah, ‘aqliyyah dan tabi’iyyah.

* Mempunyai Dar al-Qur’an dan Dar al-Hadith sendiri.

* INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH

* Ketua pentadbiran (nazir) ialah Qadi Abu al-Najib ‘Abd al-Rahman al-Tikriti.

* Beliau dibantu oleh beberapa penyelia dan pegawai rendah.

* Seramai 29 orang diambil bertugas untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran institusi al-Mustansiriyyah.

* Ia juga mempunyai musalla dan imam tersendiri bagi setiap mazhab.

* Selain al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah, terdapat hampir 75 IPT lain di seluruh jajahan ‘Abbasiyyah.

No comments:

Post a Comment