Friday, November 19, 2010

Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma. Teori ini dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yang melihat persekitaran ekologi manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks di mana individu itu berinteraksi. Beliau membahagikan persekitaran ekologi tersebut kepada lima sistem ekologi perkembangani aitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan persekitaran yang paling di dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu itu berkembang.

Sistem mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu. Sebagai contoh sistem mikro bagi kanak-kanak sekolah rendah ialah persekitaran rumah dan bilik darjahnya.

Sistem meso merujuk kepada hubungan antara individu dengan individu yang lain di dalam persekitaran di mana individi itu berkembang. Sebagai contoh sistem meso bagi seorang dewasa ialah hubungan antara keluarga, kerja dan kehidupan sosial. Bagi seorang kanak-kanak pula, sistem meso terdiri daripada hubungan antara rumah, sekolah dan jiran.

Sistem ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi peristiwa yang berlaku di dalam persekitaran ini mempengaruhi sistem individu dan keluarga. Sebagai contoh, sistem ekso seorang pelajar sekolah termasuklah tempat kerja ibu bapanya.

Sistem makro ialah persekitaran yang abstrak dan merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi yang mendokong sesuatu budaya. Contohnya, budaya,perspektif dunia, agama, sistem perundangan, sistem pendidikan dan keselamatan negara.

Sistem krono merujuk kepada pola peristiwa dan transisi yang berlaku di dalam persekitaran individu di sepanjang hayatnya. Elemen masa memainkan peranan penting di dalam sistem ini.

Implikasi teori Brofenbrenner kepada seworang guru itu perlulah membuat pertimbangan kerana terdapat perbezaan individu dari segi jantina, fizikal,kesihatan, sosial,bahasa dan bangsa. Objektif pengajaran guru mestilah sesuai dengan murid dan dapat menarik minat murid agar pengajaran seseorang guru itu tidak membosankan.

Selain itu wujud perbezaan gaya belajar seperti ada murid yang sukakan pada muzik, minat terhadap mata pelajaran seni-visual,seseorang guru perlulah mengenali seseorang individu iti tidak kiralah secara individu atau berkumpulan. Guru perlulah mengenali personaliti seseorang murid untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru. Di samping itu, guru haruslah bersedia dengan pelbagai situasi untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment