Friday, November 19, 2010

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (PENTADBIRAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH)

* Mengenali dan mengetahui sistem pentadbiran ‘Abbasi.

* Mengenal pasti sejarah perkembangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah.

* Mendalami aspek-aspek kecemerlangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah.

* SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH

* Khalifah Abu al-‘Abbas al-Saffah isytihar Kerajaan ‘Abbasiyyah ialah sebuah dawlah yang berdaulat.

* Kerajaan ini melaksanakan konsep yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Khulafa’ al-Rashidin.

* Turut meminta bantuan ulama bagi membantu untuk mentadbir kerajaan.

* Ini sesuai dengan kempen yang dilaksanakan dalam gerakan revolusi ‘Abbasiyyah.

* Namun slogan ini nyata indah khabar dari rupa.

* Khalifah lantik putera mahkota; monarki.

* SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH

* Perbezaan besar: Penghapusan konsep diskriminasi etnik yang diamalkan Kerajaan Umawi sebelum ini.

* Berjaya hidupkan Sunnah: Memberi hak sama rata kepada semua golongan tanpa bezakan warna kulit.

* Para khalifah juga bersedia untuk berbincang dengan para ulama.

* Para ulama boleh menegur segala tindakan kerajaan dengan cara yang lebir responsif.

* Gandingan kerajaan-rakyat perlu diperkukuh.

* Jika keadilan tidak diberi perhatian, rakyat pasti akan memberontak.

* INSTITUSI AL-WIZARAH

* Penubuhan al-wizarah merupakan satu perkembangan baru dalam sejarah pemerintahan Islam.

* Zaman Umawi: Khalifah bertanggungjawab atas semua perkara secara langsung.

* Wazir tidak pernah diwujudkan pada zaman Nabi, Khulafa’ dan Umawi.

* Institusi ini berasal dari Parsi.

* Dipercayai orang pertama yang menjadi wazir ialah Abu Salamah al-Khallal.

* Gelaran rasmi: wazir Al Muhammad.

* Al-Wizarah: Jentera kerajaan paling utama.

* INSTITUSI AL-WIZARAH

* Jabatan ini diketuai oleh Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri).

* Beliau dibantu oleh beberapa orang wazir.

* Kedudukan Wazir al-Wuzara’ paling tinggi dan memiliki kuasa paling besar.

* Ia merupakan lidah rasmi kerajaan.

* Ada kuasa untuk melantik dan memecat gabenor dan qadi (hakim) wilayah.

* Khalifah boleh berikan tumpuan kepada aspek lain seperti pembangunan ekonomi dan sosial untuk kemajuan negara.

* Urusan pentadbiran dilakukan oleh org lain.

* JABATAN AL-HAJIB

* Jawatan kedua penting sepelas Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri).

* Tugasnya ialah sebagai setiausaha dan pegawai protokol kepada Khalifah.

* Menjadi pengganti Khalifah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

* Orang yang paling rapat dengan Khalifah.

* Jawatan ini wujud semenjak zaman Umawi.

* Diwujudkan oleh Khalifah ‘Abd al-Malik b. Marwan.

* Ditugaskan untuk melancarkan urusan untuk berjumpa dengan Khalifah.

* PENUBUHAN AL-DAWAWIN

* Diwan telah muncul semenjak zaman Khulafa’ di bawah pemerintahan ‘Umar b. al-Khattab (r.a.).

* ‘Abbasiyyah telah mengembangkan jabatan ini secara lebih meluas.

* Antaranya seperti al-Jund, al-Kharaj, al-Rasa’il, al-Sawafi dan al-Sirr.

* Terdapat dua diwan yang terpenting dalam zaman ‘Abbasiyyah, iaitu al-Jund dan al-Kharaj.

* Jabatan pos (al-barid) misalnya, tidak berfungsi seumpama pejabat pos hari ini.

* DIWAN AL-JUND

* Dikenali juga sebagai Jabatan Ketenteraan.

* Bertanggungjawab dalam semua urusan ketenteraan negara.

* Perlu untuk menyediakan keperluan asas untuk tentera.

* Memberi latihan dan memilih anggota tentera baru.

* Diwan ini diasas oleh ‘Umar b. al-Khattab.

* Dimansukhkan pula oleh Mu’awiyah.

* Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik al-Umawi wujudkan semula dengan perubahan.

* Khalifah al-Mansur lakukan perubahan lagi.

* DIWAN AL-JUND

* Objektif diwan ini ialah mempertahankan negara dan ancaman dan serangan orang bukan Islam.

* Ketua tentera perlu ingatkan anak buahnya tentang ganjaran dunia dan Akhirat.

* Orang awam juga turut berkhidmat dalam tentera.

* Mereka dikenali sebagai al-mutawwiin; termasuk Arab dan ‘ajam.

* Mereka turut diberi ganjaran ibarat gaji.

* ‘Abbasiyyah perkemaskan dengan selaraskan bayaran gaji.

* DIWAN AL-JUND

* Mereka yang berdaftar sahaja boleh meperoleh pelarasan ganji.

* Gaji yang dibayar adalah berdasarkan kategori; infantri, berkuda.

* Zaman Umawi, diwan ini eksklusif untuk orang Arab sahaja.

* ‘Abbasi membenarkan ‘ajam menganggotai diwan ini.

* Gaji zaman Umawi lebih tinggi daripada zaman ‘Abbasi.

* Ini kerana kemasukan yang ramai dan keadilan yang perlu diberikan.

* DIWAN AL-JUND

* Untuk tujuan keberkesanan, ‘Abbasiyyah telah menubuhkan satu unit khas bagi matlamat perisikan.

* Misal: Khalifah al-Rashid telah hantar perisik diseluruh negara musuh.

* Contoh: ‘Abd Allah b. al-Sidi yang dihantar ke Byzantine.

* Laporan para perisik ini memudahkan para geografi Muslim untuk melakar peta.

* ‘Abbasiyyah berjaya mencipta peralatan perang yang canggih.

* Contoh: Manjaniq, peluru, baju kalis api.

* DIWAN AL-KHARAJ

* Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian.

* Mengutip segala hasil cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian.

* Ia diketuai oleh seorang pegawai yang mempunyai kuasa untuk melantik wakil bagi memungut cukai.

* Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

* Kharaj berperanan untuk memantapkan ekonomi negara.

* Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.).

* Mengalami perubahan; Khulafa’ dan Umawi.

* KECEMERLANGAN BAGHDAD

* Zaman keagungan ‘Abbasiyyah ialah pada masa pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun.

* Antara sumbangan utama kecemerlangan ini ialah kemantapan aspek ketenteraan.

* Ini dibantu pula dengan kekentalan aspek perbendaharaan negara.

* Jika tiada gabungan kedua-dua aspek ini, sukar untuk ‘Abbasiyyah mengecapi kecemerlangan.

* Zaman ini dikenali oleh Barat sebagai the golden age of Islam.

1 comment:

  1. assalamualaikum, boleh tak nak tahu bahan-bahan rujukan ? thanks in advance

    ReplyDelete